Baru-bari ini usahawan dan pempengaruh media sosial, Vivy Yusof telah mencuri perhatian ramai apabila dikatakan mengenakan skirt yang bernilai lebih RM17 ribu.
Skirt ciptaan pereka fesyen dari Guangzgou, China iaitu Ivan Young itu dilapor bernilai RM17,850 setiap satu, lengkap dengan hiasan labuci dalam rona warna merah jambu.
Menerusi video asal yang dimuatnaik Vivy Yusof di Instagram dan dikongsi semula menerusi aplikasi X, rata-rata warganet seakan tidak percaya dengan harga skirt yang dipakai oleh beliau itu.
Malah ada yang berkata, harga skirt itu boleh dibuat bayaran muka untuk membeli sebuah kenderaan.
Sumber: Instagram / X