Netizen Dakwa Amelia Henderson dan Aedy Ashraf Akan Berkahwin, “Weh Saya Nak Kahwin..?”

Hubungan pasangan selebriti, Amelia Henderson bersama pelakon, Aedy Ashraf kini bukan lagi rahsia.

netizen dakwa amelia henderson dan aedy ashraf akan berkahwin, “weh saya nak kahwin..?”

Disebabkan itu, ada peminat mendakwa pasangan ini akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan kini sedang giat membuat persiapan menuju hari bahagia.

netizen dakwa amelia henderson dan aedy ashraf akan berkahwin, “weh saya nak kahwin..?”

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson ini berkata, dirinya sendiri terkejut apabila mendengar akan perkara itu, dan menyifatkan ia sekadar gurauan semata-mata.

 

“Saya baca komen Tiktok, (reaksi) saya macam: ‘weh, saya nak kahwin?’

“Menarik! Tak tahu. Kalian beritahulah nanti bila saya nak kahwin nanti. Sebab saya (sendiri) tak tahu. Saya sedang bekerja sekarang ini. Saya tak tahu apa-apa langsung.

“Jadi, bagi saya mereka (netizen) memang suka mereka-reka cerita tapi kadang-kadang, saya terhiburlah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

 

Tambahnya lagi, jika benar mereka akan berkahwin, dia sendiri akan umumkan kepada orang ramai, dan bukannya dari pihak lain.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

 

Baru-baru ini, tular video di Tiktok menunjukkan pasangan ini berpimpin tangan, dan turut melontarkan perkataan ‘sayang’, mengesahkan lagi hubungan mereka yang semakin serius.

 

@ameliath

susah ah lepak dgn budak femes ni

♬ original sound - yes this is amelia 🙄😂

 

Sumber: Kosmo!, Tiktok