Terpalit Isu Kacau Suami Orang, Netizen Cadang Sophia Albarakbah Try Syamsul Yusof Pula

Beberapa hari lalu, pelakon Bella Astillah telah membuat pengakuan ada seorang pelakon wanita yang cuba mendekati suaminya hingga mengakui tersuka kepadanya.

 

Sejak itu, warganet mula menyerang media sosial pelakon yang juga pasangan heroin kepada Aliff Aziz dalam sebuah drama terbaharu, iaitu Sophia Albarakbah.

bella astillah akui ada pelakon wanita tersuka suaminya, ig sophia albarakbah diserang netizen!

Rata-rata netizen meninggalkan komen kepada Sophia agar tidak menggangu rumah tangga individu lain, malah ada yang mencadangkan agar Sophia mendekati pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Malah ada juga netizen yang berseloroh agar Sophia cuba memikat ayah kepada isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Kazar Saisi.

terpalit isu kacau suami orang, netizen cadang sophia albarakbah try syamsul yusof pula

Menerusi video lama yang tular kembali di laman Tiktok pelakon itu, beliau kelihatan sedang berada dalam kereta sambil merakam dirinya duduk di tempat duduk belakang. Akaun Tiktok pelakon wanita itu bagaimanapun telah ditetapkan pada mod private.

terpalit isu kacau suami orang, netizen cadang sophia albarakbah try syamsul yusof pula

Sumber: Tiktok