Dah 4 Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Nelydia Senrose Tak Stress Soal Zuriat

Pelakon, Nelydia Senrose menghargai peminat atau mana-mana individu yang bertanyakan soal cahaya mata kepadanya, meski sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.

dah 4 tahun kahwin belum ada anak, nelydia senrose tak stress soal zuriat

Ujar Nelydia, beliau juga berharap peminat dan orang ramai mendoakan agar dia dan suami dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

 

“Saya okey sahaja bila ada yang bertanyakan tentang cahaya mata walaupun saya tak ada jawapan bagi soalan mereka.

“Mereka yang bertanya, bagi saya, prihatin. Secara tak langsung, mereka juga mendoakan saya,” ujar isteri kepada Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini.

dah 4 tahun kahwin belum ada anak, nelydia senrose tak stress soal zuriat

Tambah Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, beliau juga tidak tergesa-gesa untuk menimang cahaya mata dan menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

 

“Take it easy, tak perlu stress. Saya percaya ketentuan Allah kerana rezeki ditulis oleh-Nya.

“Belum masanya lagi, walaupun saya dan suami mengharapkan. Apa juga keadaan, saya terima,” tambahnya.

 

Pasangan ini berkahwin pada 6 April 2019 dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin bersaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di KL.

 

Sumber: Utusan