“Tak Perlu Tertekan Cari Pasangan…” Nell Hanan Dan Sarancak Pegang Teguh ‘Women Empowerment’

Hangat betul topik ‘women empowerment’ ni sebenarnya, eh! Tapi kenapa tiba-tiba cakap pasal topik ni? Haaaa, sebab team SYOK kali ini membawakan dua tetamu khas dalam episod minggu ini Podcast Sembang Atas Dulang Musim Kedua bersama Ceddy, podcasters Talk To You Later; TTYL, Nell Hanan dan Sarancak. Dorang sembang dengan Ceddy tentang salah satu topik yang membuat podcast mereka meningkat naik iaitu ‘women empowerment’.

ceddy1.jpg

Nell dan Sara berkongsi tips dan strategi bagaimana mereka meningkatkan podcast mereka, TTYL. Tanpa sengaja mereka sentuh tentang topik ‘women empowerment’ yang membuat pendengar mereka yang majoriti adalah wanita lebih tertarik dengan ideologi dan perbualan mereka yang luar dari norma masyarakat. 

“Awak tak perlu tertekan nak cari pasangan, awak bina diri awak dulu. Jadi, tak ramai yang cakap benda yang kita cakap…” kata Nell dalam episod tersebut. 

Manakala Sara berkata bahawa ini adalah pendekatan yang berbeza tentang cara hidup wanita boleh berubah jika mereka tidak mematuhi norma masyarakat. 

ceddy.png

“Kita cakap banyak pasal benda itu, pasal POV kita sebagai wanita yang suka memberontak. Nampaknya, ramai orang suka,” ulas Sara.

Dengarkan episod penuh Podcast Sembang Atas Dulang, Musim ke-2 bersama Ceddy dengan tetamu jemputan lain hanya di SYOK. Klik sini untuk dengarkan podcast ini.