Neelofa Terima Anugerah Tokoh Wanita Kelantan 2021

Selebriti, Neelofa telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 14 tokoh wanita yang menerima anugerah khas sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021 anjuran kerajaan negeri.

neelofa terima anugerah tokoh wanita kelantan 2021

Menurut laporan dari Utusan, Neelofa bagaimanapun tidak dapat menghadiri majlis menerima pengiktirafan terbabit kerana dikatakan masih berada di Langkawi.

 

Neelofa telah menerima Anugerah Sayyidina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Pempengaruh Mega atau influencer.

 

Malah, ketika nama Neelofa diumumkan pengerusi majlis, tiada seorang wakil mahupun ahli keluarga yang hadir bagi mewakili Neelofa untuk menerima anugerah itu bagi pihaknya.

 

Tambah lagi, pihak penganjur dikatakan sudah dimaklumkan bahawa Neelofa tidak dapat hadir ke majlis terbabit, dan apabila diminta untuk menamakan individu bagi mewakilinya, tiada pula sebarang respons diterima sehingga majlis tamat.

 

Pengurus Neelofa iaitu Shawn Amer bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti tentang jemputan ke majlis terbabit, selain mempersoalkan motif wartawan yang meminta penjelasan mengenai ketidakhadiran Neelofa ke majlis itu.

“Orang dah maklum tak dapat hadir, jadi? Why so important? Untuk memanaskan keadaan ke?” soal Shawn Amer.

 

Sumber: Utusan