Lepas 13 Tahun Dingin, Neelofa Kini Sedia Berdamai Dengan Fazura

Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa kini sedia untuk berdamai dengan Fazura, selepas melalui konflik hubungan dingin yang berlaku kira-kira 13 tahun.

lepas 13 tahun dingin, neelofa kini sedia berdamai dengan fazura

Menurut Neelofa, perkara ini perlu dihentikan kerana masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

 

“Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” kata Neelofa.

 

Tambah Neelofa lagi, beliau seronok jika dapat diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon berkenaan.

lepas 13 tahun dingin, neelofa kini sedia berdamai dengan fazura

“Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat perniagaan dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada nak cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tiada kaitan dengan hidup kami.

“I would love to meet her,” kata Neelofa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Terdahulu, kemelut antara kedua-dua selebriti ini tercetus ketika awal pembabitan Neelofa dalam industri.

 

Malah, baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa telah menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.

“itu satu tuduhan yang sangat besar,” fazura jawab dakwaan pergi kelab malam [video]

Baca: “Itu Satu Tuduhan Yang Sangat Besar,” Fazura Jawab Dakwaan Pergi Kelab Malam [Video]

 

Sumber: Gempak