Enggan Terus Dikecam, Neelofa Tekad Buktikan Keberkesanan Inai Dengan Pakar Universiti Malaysia Terengganu

Usahawan selebriti terkemuka tanah air, Neelofa telah mengumumkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menjelaskan butiran kandungan bahan yang terdapat dalam jenama inai miliknya secara saintifik.

enggan terus dikecam, neelofa tekad buktikan keberkesanan inai dengan pakar universiti teknologi malaysia

Langkah itu diambil beliau bagi membuang keraguan orang ramai dan pengguna mengenai produk tersebut.

“Sebelum menjual inai ini kami dah tahu ia memiliki ciri telap air atau serap air dan ia sah dibawa solat. Tapi nak buktikan dengan orang ramai, tak cukup cuma dengan kata-kata.

“Jadi, kami dapatkan pakar kimia daripada UMT untuk memberikan penerangan mengenai perkara ini dari sudut saintifik,” kata Neelofa kepada portal akhbar tempatan.

Tambah Neelofa, beliau tidak menolak bahawa kekeliruan itu tercetus selepas ada pengguna yang menyangka inai jenamanya tidak sah dibawa solat dengan cara mengikis pada kuku.

“Cara mengikis itu tidak tepat sebab ada beberapa faktor lain seperti ketebalan kuku dan sebagainya. Memang sedih, geram dan marah apabila orang buat tuduhan begitu tentang produk inai kami.

“Tapi kami faham orang kita ini risau tentang solat dan kita kena buat usaha lebih untuk hilangkan was-was pengguna. Kalau orang risau, kami lebih risau sebab tak nak orang cakap guna atas nama agama (isu sah solat). Tak akan kami tak berhati perut dan nak menipu,” kata beliau lagi.

Demikian, Profesor Madya ChM Dr Mohd Zulhelmi Rozaimi dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT memberi penerangan mengenai inai tersebut dari aspek morfologi.

Menurutnya, inai jenama Neelofa itu didapati mempunyai ciri hidrolifik atau telap air dengan 85 peratus kandungannya adalah daripada daun inai itu sendiri.

Jelas beliau, sebanyak 15 peratus bahan kandungan lain yang terdapat dalam inai terbabit adalah bahan stabilizer, bahan pengawet, dan bahan penebal dari sumber semulajadi.


Sumber: [1]