Banyak Impian Lain Dah Tercapai, Neelofa Idam Mahu Jadi Guru Mengaji Pula

Pelakon dan juga usahawan terkenal, Neelofa, mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar seorang guru mengajar Al-Quran.

banyak impian lain dah tercapai, neelofa idam mahu jadi guru mengaji pula

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, beliau bersyukur kerana banyak impiannya sebelum ini sudah tercapai, kecuali cita-cita untuk mengajar Al-Quran sahaja belum masih tertunai.

 

“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.

“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” kata Neelofa.

banyak impian lain dah tercapai, neelofa idam mahu jadi guru mengaji pula

Tambah Neelofa, bilangan anak murid yang mahu diajar itu nanti tidak penting, asalkan impiannya untuk mengajar dapat ditunaikan.

 

“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.

“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” ujarnya.

banyak impian lain dah tercapai, neelofa idam mahu jadi guru mengaji pula

Dalam satu video yang dikongsikan akaun Tiktok @nunha.co, suami Neelofa iaitu Haris Ismail turut mengatakan semua impian isterinya sudah tercapai, kecuali menambah ilmu meluas mengenai agama dan konsisten untuk belajar hal keagamaan.

 

@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound - Innai Nunha HQ

 

 

 

Sumber: TikTok @nunha.co