"Saya Elak Untuk Bergandingan Dengan Hos TV Lelaki", Neelofa

Pengacara dan usahawan, Neelofa akui tidak akan bergandingan dengan mana-mana hos TV lelaki untuk rancangan TV.

Tegasnya, tindakan itu dibuat bagi menghormati maruah suami serta status dirinya sebagai isteri orang dan ibu.

saya elak untuk bergandingan dengan hos tv lelaki, neelofa

“Apa yang saya lakukan ini adalah benda yang baik, saya tak rasa ia menyusahkan mana-mana pihak.

“Ia menjadi lumrah seorang isteri untuk menjaga maruah suami.

“Keinginan ini adalah kehendak saya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, saya harap semua orang boleh menerimanya,” jelasnya kepada portal SYOK.

Tambah Lofa, jika mana-mana produksi ingin menemurah dirinya, dia minta ada tetamu lain juga yang turut serta.

“Untuk satu program tv itu, yang saya elak adalah berdua-duaan dengan hos tv lelaki tetapi jika ada tetamu lain, saya akan pertimbangkan.

“Ini kerana kalau memaparkan diri saya di kaca tv hanya kami berdua, nampak kurang manis dan tidak elok,” katanya.

saya elak untuk bergandingan dengan hos tv lelaki, neelofa

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal muncul dengan program TV Next To Neelofa musim kedua.

Ia akan mula bersiaran 22 Oktober ini di Astro Ria dan Ria HD jam 10 malam.

 

Oleh: Syahdeen