Natasha Hudson Mahu Segera Hamil Lagi, “Tak Boleh Tunggu Lama Sebab..”

Pelakon dan model popular, Natasha Hudson menyatakan hasrat untuk mempunyai anak hasil perkongsian hidup bersama suami kelimanya.

natasha hudson mahu segera hamil lagi, “tak boleh tunggu lama sebab..”

Natasha telah menjadi isteri kepada Harits Jasmin atau Jay Jasmin sejak setahun lalu, dan kini hanya berserah kepada Allah jika dikurniakan rezeki suatu hari nanti.

 

Ujar Natasha, beliau dan suami pernah berbincang memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.

natasha hudson mahu segera hamil lagi, “tak boleh tunggu lama sebab..”

“Selepas setahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami inginkan cahaya mata. Kami pun pernah berbincang tentang perkara ini (zuriat).

“Saya selalu usik suami tentangnya (untuk memiliki anak), namun kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu),” kata selebriti berdarah Melayu-Australia itu kepada Kosmo!.

 

Ujar Natasha lagi, meskipun ada keinginan untuk menambah bilangan zuriat, beliau tidak boleh menunggu lama kerana faktor usia yang semakin meningkat.

natasha hudson mahu segera hamil lagi, “tak boleh tunggu lama sebab..”

Katanya lagi, suaminya juga tidak kisah jika perkahwinan itu tidak dihadirkan dengan cahaya mata, memandangkan sudah memiliki tiga orang anak tiri. Malah, Natasha juga bersyukur dikurniakan suami yang faham dan boleh berbual seperti seorang rakan.

 

Sumber: Kosmo!