Belajar Tinggi-Tinggi Bukan Tiket Untuk Bersikap Sombong - Dr Soo Wincci

Nama Soo Wincci cukup dikenali bukan sahaja dalam bidang hiburan, malah dalam bidang akademik juga.

belajar tinggi-tinggi bukan tiket untuk bersikap sombong - dr soo wincci

Beliau yang pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) di atas pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu berkata, pendidikan yang tinggi bukan tiket untuk seseorang bersikap sombong.

belajar tinggi-tinggi bukan tiket untuk bersikap sombong - dr soo wincci

Sebaliknya, kelebihan meningkatkan pelajaran itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan tidak perlu menunjuk-nunjuk.

.

"Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain.

"Jadi jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna," katanya.

.

Soo Wincci turut mengakui kepulangannya ke Malaysia selepas beberapa tahun menuntut ilmu di luar negara adalah kerana keinginannya untuk berjasa kepada negara.

belajar tinggi-tinggi bukan tiket untuk bersikap sombong - dr soo wincci

"Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (untuk belajar). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini (Malaysia) dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.

"Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata," katanya lagi.

 

Terdahulu, Soo Wincci pernah berkongsikan kisah hidupnya apabia diejek bodoh dan pernah juga tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupannya suatu ketika dahulu.

 

Sumber: [1]