Che Ta Nasihat Para Isteri Jangan Tayang Suami Di Media Sosial, Takut Diduakan

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta menasihatkan para isteri agar tidak kerap berkongsikan foto atau momen indah bersama suami di media sosial.

che ta nasihat para isteri jangan tayang suami di media sosial, takut diduakan

Menurut Che Ta, lelaki berstatus suami orang kini lebih laris dan menggiurkan berbanding jejaka bujang mahupun duda.

 

“Kepada semua isteri, zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial nanti ramai yang berkenan.

“Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

“Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.

 

Hantaran itu mendapat perhatian ramai khususnya para wanita yang rata-rata bersetuju dengannya.

 

Untuk info, Che Ta, 50, berkahwin dengan Zain Zaidin, 39, pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana, 9.

 

Sumber: Kosmo!