NASA Siasat Objek Misteri Terbang Selaju 200,000 km/j Tembus Atmosfera [Video]

Satu objek misteri tidak dikenali telah dilapor terbang antara 48,280 hingga 209,214-kilometer sejam hingga menghasilkan dentuman kuat di Minnesota.

nasa siasat objek misteri terbang selaju 200,000 km/j tembus atmosfera [video]

Perkara itu telah menarik perhatian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang kini sedang menyiasat punca dan identiti objek terbabit.

 

Menurut penduduk, kejadian yang berlaku pada Isnin lalu apabila objek terang melintang, bersaiz sebesar peti sejuk, terbang dilangit dan menghasilkan dentuman kuat hingga menggegarkan tingkap dan rumah mereka.

 

 

Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami bagaimanapun percaya objek misteri itu bersaiz sebesar peti sejuk dan menembusi atmosfera itu tidak menyebabkan kemusnahan.

 

Menurut seorang ahli fizik tempatan, Profesor Jun Cabanela berkata, keadaan semasa insiden berlaku menunjukkan bahawa objek itu bukan meteor biasa.

 

“Saya tidak fikir ia objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam erti kata lain, makhluk asing,” kata pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami, Chris Muller, yang telah melihat tiga video mengenai kejadian itu tempoh hari.

 

Sumber: Sinar Harian