Nampak Pemandu Lain Langgar Peraturan Jalan Raya? Rakam & Upload Ke JPJ!

Pernahkah anda terlihat pemandu yang melanggar peraturan jalan raya sehingga menyusahkan pengguna lain?

nampak pemandu lain langgar peraturan jalan raya? rakam & upload ke jpj!

Jika YA, anda kini boleh adukan terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi aplikasi JPJ info dan klik pada bahagian e-Aduan@JPJ.

nampak pemandu lain langgar peraturan jalan raya? rakam & upload ke jpj!

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan yang berkata orang ramai hanya perlu memuatnaik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka berserta dengan lokasi dan waktu kesalahan.

.

"Orang ramai terlebih dahulu perlu dapatkan id awam di laman sesawang jpj.gov.my untuk mendaftar di aplikasi berkenaan. Orang ramai juga perlu mengaktifkan sistem kedudukan global (GPS) bagi memudahkan pengesanan lokasi.

"Aduan yang dibuat perlu dilengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar untuk memudahkan siasatan dijalankan," kata beliau.

Dalam pada itu juga, JPJ akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

.

Menerusi Ops HRA, objektif utamanya adalah bagi memastikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat dan seterusnya menurunkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya.

.

Sumber: [1]