Nampak Sedikit Berisi, Ummi Nazeera Nafi Sedang Hamil, “Saya Ambil Pil Perancang.”

Pelakon, Ummi Nazeera menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

nampak sedikit berisi, ummi nazeera nafi sedang hamil, “saya ambil pil perancang.”

Menurut pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, beliau mengakui belum bersedia untuk hamil buat masa ini kerana merasakan komitmen dan tanggungjawab sebagai wanita hamil itu sangat besar.

 

Beliau yang kini ibu kepada dua orang anak turut berkongsi pengalaman teruknya mengandungkan anak pertama yang disifatkan tidak mudah padanya.

 

“Saya tak mengandung. Saya belum bersedia (untuk anak ketiga).

“Pengalaman mengandungkan anak pertama agak teruk. Tapi, semuanya berbaloi, alhamdulillah.

“Nak membesarkan anak itu, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia.

“Kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang. Saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami,” katanya.

nampak sedikit berisi, ummi nazeera nafi sedang hamil, “saya ambil pil perancang.”

Sebaliknya, suami beliau, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani telah bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga, meskipun mereka telah membuat perancangan keluarga.

 

“Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya dah bersedia.

“Kami buat ‘family planning’. Saya mengaku ambil pil pencegahan kehamilan. Anak pertama saya tak ambil, anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya tapi peratusan sangat rendah,” katanya.

 

Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 2017 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 5 dan 2 tahun.

 

Sumber: Kosmo! Online