Isu 'Work Life Balance' Punca Nama Janna Nick dan Amelia Henderson Trending

Nama dua selebriti tanah air iaitu Janna Nick dan Amelia Henderson tiba-tiba menjadi topik bualan ramai di Twitter.

 

Ia selepas satu klip teaser podcast Studio Sembang yang menunjukkan Janna sebagai tetamu jemputan bagi podcast kendalian Amelia itu sedang menerangkan tentang ‘work-life-balance’.

isu 'work life balance' punca nama janna nick dan amelia henderson trending

Dalam klip itu, Janna tampil dengan pendapatnya yang dia mendapat ‘work-life-balance’ selepas mencapai beberapa target pada usianya 28 tahun.

 

“I macam perasan yang generasi masa sekarang mahu ada ‘work-life-balance’.

“Sorry ya, aku ‘work-life-balance’ tu masa umur aku 28 tahun, sekarang. Lepas aku dah ada certain amount (duit), lepas aku dah beli dua rumah, lepas aku dah ada kereta.

“Saya tidak cakap ini untuk berlagak, tapi saya boleh rileks sekejap selepas saya ‘secure’ certain things dalam kehidupan saya.

“Kalau kau masih belum capai ‘first goal’ dalam kehidupan, janganlah terfikir untuk ada ‘work-life-balance’,” demikian menurut Janna.

 

 

Klip pendek berdurasi 59 saat itu menjadi tular sejak Sabtu dan netizen tampil dengan pelbagai pendapat berbeza.

 

 

 

 

 

 

 

 

Amelia Henderson juga dilihat membuat beberapa ciapan dengan membalas komen dari netizen. Malah, nama Amelia dan Janna telah menjadi trending di Twitter sejak tularnya video itu.

isu 'work life balance' punca nama janna nick dan amelia henderson trending

isu 'work life balance' punca nama janna nick dan amelia henderson trending

isu 'work life balance' punca nama janna nick dan amelia henderson trending

Sumber: Twitter