Nama Adi Putra Tiada Dalam Filem Mat Kilau 2, “Penerbit Ada Kuasa..”

Pelakon, Datuk Adi Putra mengesahkan beliau tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau.

nama adi putra tiada dalam filem mat kilau 2, “penerbit ada kuasa..”

Ujarnya, perkara itu disahkan selepas satu kenyataan diterima daripada pihak penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio.

 

Datuk Adi Putra yang sebelum ini memegang watak utama dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut.

 

“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat. Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” demikian menurut pelakon berusia 42 tahun ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata dirinya juga tiada kuasa untuk menentukan barisan pelakon yang akan membintangi prekuel Mat Kilau itu nanti.

 

“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.

“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.

“Pelakon ini dalam kategori freelance, tiada kuasa mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” jelasnya lagi.

 

Terdahulu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia (termasuk filem-filem tempatan dan antarabangsa) bagi tahun 2022, sekaligus mengatasi Avengers: Endgame (2019, kutipan RM87.5 juta) sebagai filem dengan kutipan tertinggi keseluruhan dalam sejarah tayangan pawagam Malaysia, di samping mengatasi rekod Munafik 2 (2018, kutipan RM48 juta), juga arahan Syamsul sendiri, sebagai filem tempatan paling laris.

nama adi putra tiada dalam filem mat kilau 2, “penerbit ada kuasa..”

Sumber: Astro Gempak