Ujian JPJ merupakan salah satu komponen wajib sebelum seseorang individu itu memperoleh lesen memandu di Malaysia.
Namun ujian ini mungkin sukar buat sesetengah orang sehinggakan perlu mengambil ujian JPJ berulang kali kerana gagal.
Perkara sama diluahkan seorang wanita yang tidak dikenali kepada pengguna Twitter, Shabina (@ketengahketepi) selepas tunangnya dua kali gagal ujian JPJ sehingga membuatnya berasa geram dan marah.
Kata wanita itu, beliau berasa marah kerana tunangnya seakan-akan tidak bersungguh-sungguh dalam ujian tersebut, menyebabkan dia gagal sebanyak dua kali. Malah, wanita itu turut memikirkan untuk memutuskan pertunangan mereka sekiranya dia masih gagal ujian ini.
“Bina I geram dengan tunang I sebab dia dah dua kali ambil ujian JPJ dan gagal, adakah dia bersungguh-sungguh untuk itu?
“Geram nak marah tapi saya patut beri dia sokongan dan tenangkannya, tetapi saya sangat geram sehingga mahu berkata, “Kalau tidak lulus lagi lesen selepas ini, kita putus sahajalah. Benda kecil pun tidak boleh hadap”,” tulis wanita itu.
Nyata perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengecam wanita itu kerana tidak memahami masalah yang dihadapi tunangnya.
Apa pula pendapat anda?
Sumber: Twitter