‘‘Saya Tak Cantik Macam Penyanyi Lain,’’ Najwa Latif Enggan Masuk Pertandingan Nyanyian

Penyanyi, Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan dirinya.

‘‘saya tak cantik macam penyanyi lain,’’ najwa latif enggan masuk pertandingan nyanyian

Menurut pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 27, beliau sedar kemampuan vokal dan pakej lain pada dirinya tidak mencukupi seperti mana-mana peserta dalam pertandingan nyanyian.

 

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.

 

Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku suatu ketika dahulu telah diajukan soalan bilakah dia akan menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV).

‘‘saya tak cantik macam penyanyi lain,’’ najwa latif enggan masuk pertandingan nyanyian

Menjawab kepada soalan itu, Najwa turut merendah diri mengakui dirinya tidak cantik seperti penyanyi lain malah kurang bergaya dan tidak pandai bergaul.

 

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.

“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!