Persembahan Terbalik Naim Daniel Diiktiraf Malaysia Book of Records, “Ia Takkan Henti Disini..”

Penyanyi, Naim Daniel telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.

persembahan terbalik naim daniel diiktiraf malaysia book of records, “ia takkan henti disini..”

Naim sebelum ini mengejutkan ramai apabila dilihat tampil membuat persembahan lagu Mainan dengan kaki diikat ke atas dan kepala kebawah pada bulan lalu.

persembahan terbalik naim daniel diiktiraf malaysia book of records, “ia takkan henti disini..”

Menurut Naim, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya khasnya melangkah ke bulan Ramadan ini.

 

“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.

“Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.

“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.

persembahan terbalik naim daniel diiktiraf malaysia book of records, “ia takkan henti disini..”

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

 

Naim turut menyeru agar anak seni untuk terus berani mencuba dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

 

Untuk rekod, lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga serta lirik oleh Arisz Ab Rahman telah meraih lebih 1.4 juta tontonan di Youtube.

 

Sumber: Instagram Naim Daniel