Nadhir Nasar Tak Risau Jika MV Malampagi Diharamkan, “Saya Papar Realiti Hidup..”

Pelakon, Nadhir Nasar memaklumkan beliau hanya memaparkan realiti kehidupan dalam muzik video arahannya berjudul Malampagi, nyanyian Saixse.

nadhir nasar tak risau jika mv malampagi diharamkan, “saya papar realiti hidup..”

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasae, 27, beliau berniat untuk memaparkan realiti kehidupan dan bukannya mahu menyebarkan ideologi negatif kepada umum.

 

“Saya papar realiti kehidupan, bukan berniat sebarkan ideologi negatif.

“Saya menulis sebuah karya, mungkin orang kata video tersebut keterlaluan tetapi itu adalah realiti kehidupan hari ini.

“Mesej yang disampaikan sangat ‘straight forward’ iaitu apa sahaja yang kita buat, akhirnya akan kembali kepada Tuhan,” demikian menurut Nadhir selepas menerima kecaman hebat daripada beberapa pihak yang mendakwa lagu serta muzik video Malampagi mempunyai elemen negatif dalam media sosial, baru-baru ini.

 

Menurut Nadhir, beliau bagaimanapun memberi kebebasan sepenuhnya kepada penonton untuk menilai sendiri sama ada positif mahupun negatif.

nadhir nasar tak risau jika mv malampagi diharamkan, “saya papar realiti hidup..”

“Ramai mengatakan Malampagi lagu ‘healing’. Saya mahu tukar persepsi orang sebab lagu itu ada mesej yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita.

“Setiap manusia ada pilihan masing-masing dan saya sudah buat cara sendiri untuk sampaikan mesej sebegitu. Terpulang kepada penonton untuk membuat kesimpulan sendiri.

“Saya seorang yang berpegang kepada prinsip iaitu ingin menyampaikan mesej dan bukan ingin mengejar populariti atau pengikut,” tegasnya.

 

Nadhir turut berkata beliau tidak bimbang andai muzik video Malampagi digam atau diharamkan kerana itu berada di luar bidang kuasanya.

 

“Saya sudah jangka isu sebegini akan dibangkitkan. Setiap individu mempunyai selera berbeza dan sukar untuk puaskan hati semua pihak.

“Saya tak risau jika video muzik Malampagi digam atau diharamkan sebab sudah jalankan kerja sebagai pengarah. Tugas saya sudah selesai.

“Saya bukan pengarah provokatif dan hanya paparkan realiti. Suka atau tidak, perlu terima mesej yang hendak disampaikan.

“Orang sekarang lebih hidup dalam dunia tidak nyata dan sukar terima realiti sebenar,” katanya lagi.

 

Sumber: Kosmo!