Peminat Ternampak Bentuk Perut, Nad Zainal Jawab Spekulasi Sedang Hamil

Sejak semalam, media sosial sedikit kecoh apabila ada peminat mendakwa terlihat perut aktres Nad Zainal yang sedikit membesar kononnya beliau kini sedang hamil.

peminat ternampak bentuk perut, nad zainal jawab spekulasi sedang hamil

Nad Zainal bagaimanapun tenang menjawab spekulasi itu dengan menafikan dirinya sedang hamil, sebaliknya perut itu adalah kerana dirinya buncit akibat makan nasi.

 

Dalam sebuah video, peminat terlihat bentuk perut pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu membesar seperti sedang hamil. Malah ramai peminat tumpang bergembira dengannya kerana usia perkahwinannya bersama suami, Ungku Ismail masih baharu.

peminat ternampak bentuk perut, nad zainal jawab spekulasi sedang hamil

Bagaimanapun jelas Nad Zainal, dirinya tidak hamil dan keadaan perutnya membesar kerana buncit akibat makan nasi.

 

“Bukan. Buncit makan nasi,” kata Nad Zainal.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

 

Menjengah ke ruangan komen menerusi video di Instagram, ada peminat yang meminta semua pihak agar berhati-hati sebelum menegur fizikal seseorang kerana hanya golongan ibu yang pernah melahirkan sahaja faham bagaimana sukarnya menurunkan berat badan.

 

Terdahulu, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 23 Jan lalu, namun hanya menghebahkan perkahwinan mereka kepada umum seminggu selepas itu.

 

Sumber: Kosmo!