Selepas dua minggu bergelar isteri, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akui masih berasa janggal apabila digelar puan oleh sesiapa yang menemuinya.
Menurut Nabila, 31, situasi itu terjadi ketika beliau hadir ke majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, sehari selepas majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.
"Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut dan terus tanya kembali kepada individu itu, kenapa panggil saya puan dan sepatutnya cik saja.
"Kemudian dia balas dengan mengatakan bukankah saya yang baru berkahwin itu. Jadi, baru tersedar memang saya dah pun berkahwin sekarang ini" katanya.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini juga mendedahkan, kebanyakkan peminatnya kini tidak lagi menegurnya dengan panggilan ‘cumi-cumi’ sebagaimana sebelum ini.
"Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan panggilan cumi-cumi serta gaya tangan juga.
"Tetapi, bila saya dah berkahwin, tiada lagi peminat yang tegur seperti itu. Mereka mungkin sudah berasa segan untuk menegur saya," katanya lagi.
Sejak menjadi isteri kepada Nik Iruwan pada 18 November lalu, Nabila berkata beliau belum berpeluang lagi untuk memasak hidangan istimewa iaitu sambal Jawa untuk suaminya itu.
Baca juga: “Dia Sempurna Di Mata Saya,” Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali
Sumber: HMetro