Terima Lamaran Kekasih Hati, Nabila Razali Nikah Hujung Minggu Ni

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi detik indah apabila menyambut lamaran dari lelaki pilihan hatinya, Nik Iruwan Nik Izani, pada sambutan ulang tahun kelahiran ke-31 baru-baru ini.

terima lamaran kekasih hati, nabila razali nikah hujung minggu ni

Menerusi Instagram, Nabila berkongsi foto dilamar bekas pemandu litar Formula itu dalam keadaan melutut dihadapannya, dengan latar belakang lagu New Chapter.

 

Dalam foto itu, mereka saling berpandangan sambil tersenyum dengan tangan masing-masing berpegangan, berserta kapsyen “I said yes.”

 

Foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan ucapan tahniah dan tidak sabar menunggu hari pernikahan pasangan ini.

terima lamaran kekasih hati, nabila razali nikah hujung minggu ni

Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November dan majlis resepsi pada hari yang sama.

 

Sumber: Instagram / Kosmo!