Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, Nabila Razali kini semakin dikenali ramai bukan sahaja daripada lagunya yang tular, malah menerusi penglibatannya dalam drama dan filem tempatan.
Sering dilihat aktif di media sosial, baru-baru ini, penyanyi berusia 31 tahun ini telah berkongsi video pendek berada di dapur sambil cuba memasak hidangan ikan keli masak lemak cili api.
Ikan keli itu bagaimanapun masih hidup dan bergerak, membuatkan penyanyi ini tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk mematikan ikan keli sebelum dimasak.
“Korang tolong bgtau camana cara paling senang nak matikan ikan keli ni,” ujar Nabila pada pengikutnya di Instagram.
Dalam video itu turut kelihatan pelakon, Aedy Asyraf sedang mengusiknya yang kelihatan ketakutan.
Pengikut Nabila kemudian berkongsi beberapa tips untuk mematikan ikan keli menerusi ruangan komen. Malah ramai juga terhibur menyaksikan gelagat bersahaja Nabila yang dilihat seakan-akan membelai seekor kucing.
Apa pula tips dari anda? Cuba kongsi di ruangan komen!
Sumber: Instagram