Tiada Jejaka Cuba Mendekati Sejak Putus Cinta Enam Tahun Lalu – Nabila Razali

Penyanyi, Nabila Razali mengakui tiada mana-mana jejaka cuba mendekatinya sejak beliau kembali ‘single’ kira-kira enam tahun lalu ketika masih menuntut di universiti.

tiada jejaka cuba mendekati sejak putus cinta enam tahun lalu – nabila razali

Menurut penyanyi lagu Aku Terluka itu, beliau akui tiada lelaki istimewa dalam hidupnya buat masa ini dan terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja.

 

"Sebelum ini, saya ada juga berkawan, tetapi hubungan tidak seperti pasangan bercinta sampai keluar 'dating' dan sebagainya.

"Mungkin cinta saya terhadap kerja lebih utama, jadi tidak sempat fikir soal jodoh. Banyak lagi impian belum tercapai, jadi saya mahu kejar impian sebelum memikirkan soal berumahtangga.

"Tetapi, seandainya jodoh sudah tiba, saya akan terima dan akan tetap mengejar impian yang masih belum tercapai," katanya.

tiada jejaka cuba mendekati sejak putus cinta enam tahun lalu – nabila razali

Ujar Nabila, sekiranya satu hari nanti beliau bertemu jodoh dengan mana-mana lelaki, beliau pasti akan mengumumkan ia kepada umum kerana padanya benda yang baik harus dikongsikan bersama.

 

"Saya juga mahukan ahli keluarga, rakan dan peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya, jadi berita gembira kenalah beritahu,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat, kerana masih mengejar impian yang masih belum tercapai.

 

Nabila turut mengakui ada terasa sunyi ketika beliau tidak melakukan apa-apa, namun apabila sibuk dengan kerjaya, perasaan sunyi itu terus dilupakannya.

 

Sumber: BH