Sempena ulang tahun kelahiran Nabil Ahmad, satu kejutan khas dibuat, hasil perancangan rapi pengurusan radio ERA.
Sambutan dirai di rumah Pusat Limpahan Kasih Puchong yang turut dihadiri rakan penyampai 3 pagi Era, Radin dan Azad Jasmin.
Menurut Nabil, dia akui terkejut dengan kejutan khas ini selepas selesai bersiaran dengan Radin dan Pak Azad.
“Syukur Alhamdulilah, dengan kejutan hari lahir saya di rumah anak yatim adalah satu pengalaman berharga buat saya.
“Saya juga terkejut, isteri saya pun ada sekali dalam pelan antara Radin dan Pak Azad, sampai-sampai sini, isteri saya dah berikan kejutan.
“Sambutan hari lahir kali ini antara yang terindah dalam hidup saya, terima kasih saya ucap kepada semua yang ada di sini,” katanya kepada portal Syok.My
Sementara itu, isteri Nabil, Zira turut sedekah tudung kepada penghuni anak yatim berserta wang ringgit untuk keperluan harian mereka.
Sambutan itu juga turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal iaitu Aizat Amdan dan Luqman Faiz.
Makanan pula ditaja oleh restoran terkenal Kueh.