Muzikal Lawak Superstar kembali dengan musim ketiga dengan saingan yang lebih hebat.
Menampilkan 12 buah kumpulan yang baharu dengan gabungan ‘otai’ bersama generasi muda yang pastinya bakal mengujakan peminat-peminat komedi.
.
Masih mengekalkan Dato’Awie sebagai ketua juri, Muzikal Lawak Superstar Musim ke-3 akan turut mempamerkan muka-muka baharu termasuk pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali.
Elly Mazlein, atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sekali lagi berperanan sebagai hos rancangan serta seorang hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.
.
12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro. Antara keunikan yang diserapkan adalah penglibatan KOLs ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta.
Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.
.
Nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini. Berikut adalah senarai peserta dan kumpulan mereka bagi Muzikal Lawak Superstar 2022:
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM25,000.
.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
.