19 November ini, seluruh rakyat Malaysia akan bersama-sama turun mengundi bagi memilih tampuk pemimpin baharu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Justeru, Radio ERA, Rusa Musik dan MVM telah berkolabarasi mencipta lagu bagi menyeru rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.
Lagu yang dicipta oleh Zai Hamzah, dan lirik oleh Achoi Floor 88 dan kumpulan Floor 88 ini cukup bermesej dalam menggalakkan ramai turun bersama-sama membuang undi di lokaliti masing-masing.
Menerusi muzik video yang berdurasi 3 minit 16 saat ini, personaliti ERA, Namie dan kumpulan Floor 88 turut bersama-sama menyampaikan lagu Jom Undi dengan baik dan menggagumkan.