Letak Syarat MUET Band 4 Untuk Cari Jodoh. Apa Kata Anda?

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia.

letak syarat muet band 4 untuk cari jodoh. apa kata anda?

Markah MUET diukur menggunakan band satu (amat lemah) sehingga band enam (sangat bagus), dan keputusan ini penting sebelum seseorang pelajar itu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Selain menjadi syarat untuk kemasukan ke universiti, siapa sangka band MUET juga dijadikan syarat untuk mencari jodoh?

 

Tular di laman Twitter seorang lelaki meletakkan syarat jodoh yang dicarinya dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan MUET mestilah band 4 dan keatas.

letak syarat muet band 4 untuk cari jodoh. apa kata anda?

Tweet itu menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial, dengan pelbagai komen serta pendapat berbeza.

 

 

 

 

 

 

Apa pendapat anda?

 

Sumber: Twitter