Mona Allen dan Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Kedua, “Jangan Tanya Tau Kenapa Sis Gemok..”

Pelakon, Pekin Ibrahim berkongsi keterujaan isterinya, Mona Allen yang kini memasuki trimester kedua kehamilan dan dijangka akan bersalin pada awal tahun hadapan.

 

Menurut Mona, beliau kini bersedia berkongsi berita gembira itu kepada pengikut di Instagram, sambil meluahkan rasa syukur dan berdoa agar perjalanan kehamilannya dipermudahkan.

mona allen dan pekin ibrahim bakal timang anak kedua, “jangan tanya tau kenapa sis gemok..”

“Syukur alhamdulillah saya dan suami Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abg Petra.

“Insyallah pertengahan tahun hadapan, Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester ke-2, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram.

“Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanyaa, Ameen,” ujarnya.

mona allen dan pekin ibrahim bakal timang anak kedua, “jangan tanya tau kenapa sis gemok..”

Dalam pada itu, beliau turut berseloroh agar tidak ditanya lagi mengapa beliau kini kelihatan sedikit berisi berbanding biasa.

 

“P/s, jangan tanya dah tau nape sis gemokk,” kata Mona.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

 

Untuk info, Mona Allen dan Pekin Ibrahim selamat berkahwin pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.

mona allen dan pekin ibrahim bakal timang anak kedua, “jangan tanya tau kenapa sis gemok..”

Sumber: Instagram