Pamer Aksi Gigit, Ada Netizen Sanggup Jadi Stereng Kereta MK K-Clique

MK K-Clique baru-baru ini berkongsi sebuah video TikTok yang membuatkan ramai peminatnya tergoda.

pamer aksi gigit, ramai sanggup jadi stereng kereta mk k-clique

Mana tidaknya, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, mempamerkan aksi mengigit stereng keretanya, membuatkan ramai peminat wanita terpikat.

pamer aksi gigit, ramai sanggup jadi stereng kereta mk k-clique

Dalam video sama, MK turut menyanyikan lagu terbaharu milik Aliph Swipe sebelum melakukan aksi di luar jangkaan ramai iaitu mengigit stereng keretanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi termasuk komen lucu khususnya dari kaum wanita. Ada juga yang memuji gigi penyanyi ini kerana dikatakan sangat cantik.

 

@mk.kc302

Baby, aku ada type 🍑

♬ Calm Down - Rema

 

“Pertama kali cita-cita ingin menjadi stereng,” seloroh peminatnya.

 

“Rasa nak menjadi stereng keretalah selepas ini,” komen netizen.

 

“Kacaknya MK, semakin hari semakin banyak pula videonya yang membuatkan ramai tersenyum seorang diri,” kata seorang pengikutnya.

 

Sumber: Tiktok MK