Mizz Nina Kini Isteri Essam Muhammad, Rakan Artis dan Warganet Ucap Tahniah

Penyanyi, Mizz Nina mengumumkan beliau sudahpun mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Essam Muhammad.

mizz nina kini isteri essam muhammad, rakan artis dan warganet ucap tahniah

Menurut pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 43, majlis pernikahannya itu telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat.

 

“Saya baru bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Essam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat,” tulis beliau dalam satu hantaran di Instagram.

 

Berita gembira itu dikongsikan beliau bersama foto suaminya berpakaian serba putih, dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.

 

Dalam hantaran sama, Nina turut memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.

 

 

 

Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Noh Salleh pada 2 Julai 2011, namun mengumumkan perpisahan pada 4 Ogos tahun lalu.

 

Sumber: Instagram