Mira Filzah Cuba Filter Tukar Muka Ahli BLACKPINK, Wajah Jisoo Tiada Beza [Video]

Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih dikenali dengan panggilan Mira Filzah, adalah pelakon wanita yang cukup dikenali di negara ini.

mira filzah cuba filter tukar muka ahli blackpink, wajah jisoo tiada beza [video]

Ibu kepada seorang cahaya mata ini sering mencuri perhatian ramai bukan sahaja menerusi lakonannya di kaca televisyen, malah menerusi perkembangan terkini yang dikongsi beliau di media sosial.

 

Terbaharu, Mira Filzah telah dilihat mencuba filter di aplikasi Tiktok yang mana ia akan menukarkan wajah kepada ahli kumpulan K-pop popular, BLACKPINK.

mira filzah cuba filter tukar muka ahli blackpink, wajah jisoo tiada beza [video]

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila beliau cuba menukarkan wajahnya kepada Jisoo, namun kelihatan seperti tiada beza pun dengan wajah sebenar beliau.

 

@therealmfmirafilzah

 

♬ as if its your last - B [★]

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju bahawa wajah pelakon wanita ini adalah mirip dengan salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK itu.

 

“Mira try Jisoo sebiji gila, Mira Filzah adalah Jisoo versi Malaysia.”

“Kan dah cakap, muka Jisoo macam muka Mira Filzah.”

“Tak dapat beza muka Mira dengan Jisoo sebab memang sama,” demikian antara komen yang ditulis warganet.

mira filzah cuba filter tukar muka ahli blackpink, wajah jisoo tiada beza [video]

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah memperoleh lebih 500 ribu jumlah tontonan di Tiktok.

 

Sumber: Tiktok