Nama Mira Filzah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.
Namun siapa sangka kehadirannya dalam industri seni tanah air berlaku secara tidak disengajakan, selepas beliau mencuba nasib dalam ujibakat program Dewi Remaja.
Ujar pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ini beliau pernah menjadi peserta pertama yang hadir di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2014/2015, dan salah seorang juri ketika itu adalah penyandang gelaran itu sendiri iaitu Neelofa.
Perkara itu didedahkan Mira Filzah ketika menjadi tetamu dalam program Next To Neelofa baru-baru ini.
“I tak tahu jika you ingat ataupun tidak tetapi I pernah pergi ke uji bakat Dewi Remaja.
“Masa itu, nombor I adalah 001 sewaktu uji bakat. You tanya soalan dekat I.. fasal charity atau something. . I pun jawab dan I dapat kad bintang tu. Tetapi pada waktu itu I tidak dapat Top 20 yang disenarai pendek.
“Jadi I pernah join (Dewi Remaja) tetapi itu pun suka-suka (memandangkan) I hanya di (kampus) UiTM Shah Alam. Bolehlah, pergi saja suka-suka. Tiada niat pun nak popular atau berlakon selepas itu. Perlahan-lahan, tawaran yang datang dekat I,” kata Mira kepada Neelofa.
Sejak dari itu, Mira mula menceburkan diri dalam dunia seni lakonan serta pengiklanan, sambil meneruskan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UiTM.
Terdahulu, gelaran Dewi Remaja 2014/15 ketika itu disandang oleh pelakon, Raysha Rizrose.
Sumber: Remaja