“Orang Ambil Duit You, You Tak Perasan,” Mimifly Dedahkan Sisi Gelap Industri Hiburan

Musim kedua Podcast Sembang Atas Dulang memang banyak gosip terbongkar dan tetamu kita semua hebat-hebat belaka ya. Namun, Podcast Sembang Atas Dulang Musim Kedua bersama Ceddy menutup tirai dengan Mimifly sebagai tetamu jemputan terakhir.

“orang ambil duit you, you tak perasan,” mimifly dedahkan sisi gelap industri hiburan

Penyanyi, penari, penghibur, semuanya sudah Mimifly lakukan, boleh dikatakan Mimifly membesar dalam industri hiburan. Walaupun ramai yang bersangka menjadi seorang artis atau selebriti, indah belaka namun Mimi mengaku bahawa industri hiburan mempunyai sisi gelapnya tersendiri.

Dalam episod tersebut, apabila Ceddy bertanyakan soalan apakah kesilapan yang pernah Mimi lakukan sepanjang berada dalam industri hiburan. Mimi dedahkan bahawa dia pernah mempercayai orang yang salah, pernah kena tipu dan duitnya pernah dicuri.

“orang ambil duit you, you tak perasan,” mimifly dedahkan sisi gelap industri hiburan

“Percaya kepada orang yang salah. Kena tipu. Duit saya kena ambil. Orang ambil duit you, you tak perasan sebab you kerja.”

“Benda ini kalau saya nak cakap, jadi dekat saya, tidak. Benda ini jadi dekat hampir semua orang yang berada dalam industri yang saya kenal,” tambahnya lagi.

Wah! Tak sangka macam ini rupanya! Kuat betul Mimifly ni! Okay korang kalau nak dengar banyak lagi cerita tentang Mimifly, korang kena dengar atau tonton episod penuh di SYOK!