Bulan Ramadan Makin Hampir, Mimi Lana Resah Fikir Keadaan Di Palestin

Pelakon jelita, Mimi Lana meluahkan rasa simpati mengenang nasib penduduk di bumi Palestin yang masih berdepan dengan peperangan, hingga ke hari ini.

bulan ramadan makin hampir, mimi lana resah fikir keadaan di palestin

Menurut pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, beliau sebak memikirkan keadaan penduduk disana, tambah pula dengan bulan Ramadan yang hampir tiba tidak lama lagi.

 

“Ramadan tak lama lagi, saya risau, menangis lihat situasi di Palestin.

“Sepertinya tiada istilah rehat daripada pembunuhan beramai-ramai (genocide) disana,” tulis Mimi pada satu hantaran di Instagram Stories.

 

Dalam pada itu, Mimi turut menyeru agar orang ramai terus mendoakan keselamatan rakyat Palestin daripada ditindas kekejaman rejim Zionis.

 

“Berapa lama dunia akan membiarkan Israel lari bebas selepas banyak kali melanggar undang-undang antarabangsa?

“Tolong terus doakan keselamatan rakyat Palestin. Allahuakhbar,” tulis Mimi lagi.

bulan ramadan makin hampir, mimi lana resah fikir keadaan di palestin

Sumber: Instagram