“Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Berhenti,” – Mimi Lana

Pelakon, Mimi Lana seakan memberi bayangan mengenai hatinya yang masih terluka disebabkan putus cinta.

“putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti,” – mimi lana

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata dia tidak suka menunjukkan keperitan yang ditanggung dirinya kepada khalayak umum.

 

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup antara ingatan yang lumpuh dan rindu membunuh.

“Di sebalik senyuman dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” luahnya dalam Instagram.

 

Kata-kata puitis yang ditulis Mimi turut disertakan bahagian sisi wajahnya.

“putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti,” – mimi lana

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada.

“Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma Maha pengasih dan penyayang,” tulisnya lagi.

 

Dalam pada itu, Mimi turut menzahirkan doa supaya mereka yang sedang melalui fasa kehilangan agar dapat segera bangkit.

 

“Penderitaan manusia bermula ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segala-galanya.

“Terus-terusan refleksi diri daripada terus hanyut tanpa arah. Semoga hati hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” tulisnya.

 

Luahan itu turut dibanjiri dengan komen daripada peminat serta rakan artis seperti Nabila Huda, Fazura dan Riena Diana.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Meskipun Mimi tidak menyebut mana-mana nama pada hantaran tersebut, ramai peminat membuat andaian mengaitkan luahan itu kepada Syafiq Kyle.

 

Terdahulu, pasangan Mimi Lana dan Syafiq Kyle, 31, pernah mengejutkan ramai apabila mereka membatalkan majlis pernikahan dan resepsi pada saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu, membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar hubungan mereka.

 

Sumber: Instagram