“Saya Single, Mungkin Ada Terluka Dengan Kenyataan Ini,” – Mierul Aiman

Pelakon yang dikenali ramai menerusi watak dalam drama bersiri popular Projek High Council, Mierul Aiman akui terkejut apabila didakwa sedang bercinta dengan cucu orang kenamaan.

“saya single, mungkin ada terluka dengan kenyataan ini,” – mierul aiman

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, beliau menegaskan hatinya masih belum dimiliki sesiapa dan terbuka untuk berkawan dengan mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang individu terbabit.

 

“Saya sangat berbesar hati berkenalan dengan sesiapa sahaja dalam industri mahupun mereka daripada bidang lain kerana mahu berbudi kepada semua orang.

“Saya tiada masalah untuk mengenali hati budi orang lain. Sungguh saya cakap, setakat ini tiada yang istimewa, saya masih single, mungkin ada yang terluka dengan kenyataan saya ini.

“Sejujurnya, saya terkejut dengan dakwaan ini. Saya berkawan dengan semua tapi tidak tahu sama ada dia dari keluarga VVIP atau tidak. Saya tidak pernah tanya dia anak siapa,” katanya kepada HibGlam.

 

Tambah lagi, Aiman juga akui tidak berasa rimas mahupun tertekan kerana sering diasak dengan soalan mengenai jodoh dan tidak mempunyai rahsia untuk disorokkan kepada umum, khususnya para peminat.

“saya single, mungkin ada terluka dengan kenyataan ini,” – mierul aiman

Ujar Aiman, andai hatinya sudah terisi suatu hari nanti, beliau pasti akan berkongsi khabar gembira itu kepada semua.

 

“Kalau suatu masa nanti saya bercinta, kalau ada rezeki jodoh sampai awal, saya akan kongsi.

“Waktu sekolah dulu cinta monyet pun saya tak bercerita banyak sebab tak tahu ke mana halanya dan hanya melalui proses itu,” ujarnya.

 

Sumber: HIB Glam