Walau Ada Degree Mechanical Engineering, Mierul Aiman Kini Mahu Fokus Jadi Anak Seni

Selepas berhempas pulas selama lima tahun di universiti bagi jurusan Kejuruteraan Mekanikal, pelakon yang popular menerusi drama Projek High Council, Mierul Aiman kini mahu memberi fokus kepada perjalanannya sebagai anak seni.

walau ada degree mechanical engineering, mierul aiman kini mahu fokus jadi anak seni

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Aiman Norazman, beliau sudahpun menjalankan amanah ibu bapanya sebaik mungkin selama bergelar pelajar di universiti.

 

“Buat masa sekarang, sepenuh hati saya hanyalah untuk bergelar anak seni. Saya sudah bertungkus lumus selama lima tahun di universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.

“Saya tahu bagaimana prosesnya dan ia sangat susah. Bila saya sudah lalui fasa itu, saya sudah buktikan kepada mama dan abah yang saya berjaya menamatkan pengajian tanpa gagal,” kata beliau.

 

Mierul dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana segala penat lelah dan usahanya untuk bergelar anak seni kini membuahkan hasil.

walau ada degree mechanical engineering, mierul aiman kini mahu fokus jadi anak seni

“Sekarang saya mahu cari perkara yang mampu memuaskan diri saya pula iaitu dunia lakonan. Ketika menyertai Hero Remaja 2021, saya tertanya-tanya, adakah saya mampu menembusi bidang ini.

“Mampukah saya meraih kepercayaan daripada para pemain industri seperti penerbit, pihak produksi, pengarah, rakan pelakon dan penonton.

“Namun alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa saya. Pengarah dan pihak produksi telah meletakkan kepercayaan untuk saya menaikkan nama dalam industri,” kata juara Hero Remaja 2021 itu lagi.

 

Sumber: Media Hiburan