Pelakon, Miera Leyana mengumumkan dirinya sebenarnya sedang hamil anak pertama yang kini masuk tujuh bulan. Menerusi laporan, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, turut menzahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilannya. Cumanya, beliau lebih kepada teringin untuk makan angin diluar negara seperti London, Paris dan juga menunaikan umrah. Bintang berusia 27 tahun ini juga sepakat bersama suami enggan mendedahkan jantina anak yang bakal lahir, sebaliknya mahu menunggu sehingga bayi mereka lahir. Beliau menambah semoga kehadiran cahaya mata pertama mereka ini akan menambah lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga mereka bersama. Miera selamat mendirikan rumah tangga bersama Rosland Othman, pada Julai tahun lalu. Sumber: Instagram Miera Leyana / Media Hiburan