Michael Ang Luah Rasa Geram Dengan Kenyataan Abang Tesla, “Lagi Baik Diam!”

Sejak minggu lalu, media sosial kembali hangat memperkatakan mengenai isu poligami, selepas seorang pempengaruh Tiktok yang dikenali sebagai Abang Tesla, mengumumkan perkahwinannya yang kedua.

michael ang luah rasa geram dengan kenyataan abang tesla, “lagi baik diam!”

Apa yang membuatkan netizen khasnya para wanita berasa berang adalah selepas beberapa kenyataan dibuat pemilik nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri ini mengenai poligami yang dilakukannya.

 

Antaranya seperti isu zuriat yang dinyatakan olehnya sebagai punca kenapa beliau bernikah untuk kali kedua pada 18 Ogos lalu.

 

@userdeaaaaaa selepas ada anak kehidupan tak sama mcm first ii kawin !! ingat tuu !! bukan dengan senang ii terus nak kawin lain sebab tak mampu bagi kau zuriat !! Allah tahu tahap limit kemampuan manusia . sebab kau tak mampu lagi laaa diaa tak bagi anak !! #teslaproblem #terpalingmampu #fyp ♬ original sound - ABG.TESLA

 

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat lelaki itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah pengarah serta pelakon, Michael Ang yang meluahkan rasa serta pendapatnya tersendiri.

michael ang luah rasa geram dengan kenyataan abang tesla, “lagi baik diam!”

Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar Michael Ang Hai Swee ini berpendapat Abang Tesla tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai poligami ini yang nyata memakan dirinya sendiri.

 

“Salam. Nak kahwin satu ke Sepuluh ke Hak kau org. Tapi bila keluar statement bodoh-bodoh dan alasan bodoh lagi baik diam!,” tulis Michael Ang menerusi kapsyen.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

michael ang luah rasa geram dengan kenyataan abang tesla, “lagi baik diam!”

Terdahulu, Abang Tesla atau juga dikenali dengan nama panggilan Kai, 28, menjadi sensasi di media sosial selepas mempamerkan aksinya bersama isteri pertama solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami. Beliau dilapor mengenai isteri keduanya yang berusia 22 tahun melalui media sosial dan berkenalan selama enam bulan, sebelum bernikah pada 18 Ogos yang lalu.

 

Sumber: Instagram