A.Aida Menyesal Lepas 50 Merpati Masa Anak Kahwin, Resort Kini Penuh Najis Burung

Penerbit, Datuk A. Aida akui berasa kesal melepaskan 50 ekor burung merpati sempena pernikahan anak sulungnya.

a.aida menyesal lepas 50 merpati masa anak kahwin, resort kini penuh najis burung

Ini adalah kerana tindakan itu telah menyebabkan resort miliknya kini dipenuhi dengan najis haiwan berkenaan.

a.aida menyesal lepas 50 merpati masa anak kahwin, resort kini penuh najis burung

Menurut beliau, sebanyak 50 ekor burung merpati itu tidak mahu terbang jauh dan masih berkeliaran di sekitar resort miliknya yang terletak di Janda Baik, Pahang.

a.aida menyesal lepas 50 merpati masa anak kahwin, resort kini penuh najis burung

 

@dato.a.aida @Dmanggis Janda Baik #aaida ♬ original sound - a.aida

 

Pada Sabtu lalu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 53, melepaskan 50 ekor burung merpati putih yang dibeli dengan harga RM25 seekor. Ia dilakukan pada acara pernikahan anaknya, Aleesa yang kini selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Zain Azrai selepas dua bulan bertunang.

 

@dato.a.aida @Dmanggis Janda Baik #aaida ♬ Are You Ready - Deejay Meddy

 

Beliau dikatakan pada mulanya mahu melepaskan 100 ekor burung merpati putih, namun penjual hanya menjual 50 ekor sahaja.

 

Ekoran daripada itu, beliau kini dilaporkan sedang berusaha menangkap semula burung merpati itu untuk dilepaskan ke tempat lain.

 

Sumber: Tiktok / mStar