Melaka Rancang Bina Terowong Bawah Laut Sampai Indonesia

Kerajaan negeri Melaka telah merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.

melaka rancang bina terowong bawah laut sampai indonesia

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang berkata terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka sejauh 47 kilometer.

 

Menerusi perancangan jangka panjang itu, setakat ini sebuah firman sudah menyatakan minat untuk membina terowong berkenaan. Namun ia memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan.

 

"Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.

"Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat ke lima tahun," katanya.

 

Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi bagi negeri Melaka.

 

Sumber: [1]