Meerqeen Serba Salah Bila Digosip Bercinta Dengan Ameera Khan

Pelakon, Meerqeen akui berasa pelik kerana dilabel sebagai ‘playboy’ oleh segelintir netizen, gara-gara dirinya kerap digosipkan dengan wanita berbeza untuk sebarang projek yang dijayakannya.

“tiada isu rampas-merampas,” meerqeen ulas gosip amir ahnaf dengan anna jobling

Jika sebelum ini Meerqeen digosipkan bersama Anna Jobling, terbaharu pelakon lelaki kacak ini telah digosipkan pula bersama Ameera Khan, iaitu adik kepada usahawan selebriti popular, Neelofa.

 

Ujar Meerqeen, hubungan mereka sekadar kawan dan ia bermula pada 2019.

macam kareena kapoor, ameera khan dipuji cantik pakai abaya pink

“Saya kenal dengan Ameera sejak 2019, ketika sesi penggambaran untuk sebuah jenama masa itu. Kami kenal dan saya kenal emak dia juga.

“Takkan apabila kami digandingkan untuk satu sesi fotografi atau memenuhi undangan sesuatu majlis, terus kami dicop ada hubungan istimewa?

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan artis lain, saya jadi serba salah apabila timbul gosip seperti ini,” kata Meerqeen.

 

Dalam pada itu, beliau berkata dirinya tidak gemar untuk mencampuradukan soal peribadi dan juga kerjaya.

 

“Saya tak suka campur adukkan hal peribadi dengan kerjaya, fokus saya sekarang hanya mahu mengukuhkan kerjaya kerana ada banyak lagi yang saya belum capai sebagai pelakon,” demikian menurut Meerqeen.

 

Sumber: Gempak