“Tiada Isu Rampas-Merampas,” Meerqeen Ulas Gosip Amir Ahnaf Dengan Anna Jobling

Pelakon, Meerqeen menafikan khabar angin kononnya kekasihnya, Anna Jobling telah dirampas pelakon, Amir Ahnaf.

“tiada isu rampas-merampas,” meerqeen ulas gosip amir ahnaf dengan anna jobling

Ini adalah kerana hubungannya bersama Anna Jobling adalah sekadar kawan dan bukannya pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan media.

 

“Tak timbul isu rampas-merampas. Saya dan Anna Jobling hanya kawan.

“Itu hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, kami bertiga tiada sebarang masalah.

“Jangan pula kerana pihak lain yang mengapi-api hal ini, hubungan kami sebagai rakan sesama industri jadi tidak baik,” katanya.

 

Tambah Meerqeen lagi, sebagai kawan beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang Anna daripada berkawan dengan sesiapa sahaja, apatah lagi antara mereka tiada sebarang ikatan rasmi.

“tiada isu rampas-merampas,” meerqeen ulas gosip amir ahnaf dengan anna jobling

“Itu sahaja yang dapat saya katakan mengenai hal tersebut. Lagipun, sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional kerana industri hiburan kita kecil.

“Lambat-laun pasti kami akan bersua juga. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana tiada isu pun antara kami,” katanya lagi.

 

Malah, Meerqeen juga tidak mempunyai masalah andai mereka ditakdirkan untuk berlakon bersama dalam mana-mana drama mahupun filem di masa hadapan.

 

Dalam perkembangan lain, pelakon yang popular menerusi drama Projek High Council, Amir Ahnaf juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan istimewa bersama Anna Jobling.

 

Sumber: Kosmo!