Lepas Teruk Dikecam Isu Penyondol, Meera Kata Ingin Bangkit Tapi Netizen Minta Dia Mohon Maaf!

Beberapa minggu lalu, nama Meera telah mendapat perhatian ramai netizen selepas didakwa menjadi punca konflik rumah tangga majikannya yang juga influencer media sosial, View Chin.

lepas teruk dikecam isu penyondol, meera kata ingin bangkit tapi netizen minta dia mohon maaf!

Kini, pemilik nama sebenar Amirah Aqilah Firdaus berkata beliau ingin kembali bangkit di sebalik semua kontroversi tersebut, malah mengambil pendekatan positif serta sedang berusaha menjadi lebih baik buat dirinya sendiri.

 

“Ramai yang tanya meera (kau ni tk ada perasaan ke! Kau ni tk tahu malu ke! Kau ni nk play victim ke! Kau ni sundal!) banyak kata kata negative yg meera dapat.

“Meera ada silap meera & Meera sedang perbetulkan silap meera, kecaman, hinaan & cacian. Semua ni sbb atas diri yg pernah buat silap, meera akan berubah utk yg lebih baik.

“Mental meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik.

“Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan & mendapat rezeki yg melimpah ruah,” kata beliau.

 

 

Bagaimanapun, netizen menerusi ruangan komen di Instagram menggesa agar Meera tampil memohon maaf kepada isteri majikannya, iaitu Shermine kerana telah mengecewakan hati wanita tersebut.

 

Sumber: Instagram