Bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, ada beberapa pusat membeli-belah dan juga kedai menjual pakaian mengenakan syarat supaya pelanggan mengenakan sarung tangan plastik semasa berada dalam premis mereka.
Bagaimanapun arahan ini dilihat kurang berkesan, malah ia juga boleh mencemarkan alam sekitar jika ia dibuang merata-rata.
Memetik laporan dari
Kosmo, pelakon Maya Karin berkata, cara paling efektif untuk mencegah jangkitan COVID-19 adalah dengan membasuh tangan dengan kerap serta mengamalkan penggunaan cecair pembasmi kuman.
“Kita nak lawan COVID-19 kena pakai otak, sains dan logik akal.
“Contohnya, kalaulah saya ada virus Covid-19 lepas itu pakai sarung tangan plastik. Pegang sana-sini sebelum buang ke dalam tong sampah kemudian tukang cuci ambil sarung tangan tersebut dan dijangkiti.
“Bagi saya, kalau pakai cecair pembasmi kuman dan kerap cuci tangan, lagi bagus kerana terus bunuh kuman berbanding pakai sarung tangan plastik,” katanya.
Maya menerusi ciapan di Twitter turut mempersoalkan kerelevanan pemakaian sarung tangan plastik pakai buang di kebanyakkan pusat membeli-belah.
Arahan untuk menggunakan sarung tangan plastik pakai buang telah ditetapkan sejak 10 Feb lalu selepas beberapa sektor perniagaan peruncitan kini dibuka sepenuhnya.
Sumber:
Kosmo!