Akhirnya Mawar Rashid Tampil Beri Kenyataan Isu Buka Tudung, “Saya Dah Cuba, Tapi..”

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berhubung tindakan pelakon wanita, Mawar Rashid yang dilihat memuatnaik dua foto menunjukkan rambutnya kepada khalayak umum.

“saya dah cuba, tapi gagal,” mawar rashid kejutkan peminat kongsi foto tak berhijab

Bukan itu sahaja, pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, ini turut memaklumkan mahu berehat seketika dari industri dan akan kembali apabila sudah bersedia kelak.

 

Tindakannya yang secara tiba-tiba membuka aurat selepas beberapa tahun mengenakan hijab telah mengundang kecaman ramai warganet.

“saya dah cuba, tapi gagal,” mawar rashid kejutkan peminat kongsi foto tak berhijab

Mawar kemudian tampil membuat kenyataan rasmi berhubung tindakannya itu.

 

“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tak angkat & tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on fon malam ni. Saya akan bagi statement di sini sahaja ya.

“I don't have much to say about this issue sebab tindakan saya ni bukan lah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.

“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biar lah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat & saya cuba sedaya upaya untuk istiqomah selama ni. Tapi saya gagal kali ini. “Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini.

“Terima kasih kepada yang masih support saya, bagi kata-kata positive & doakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” ujar Mawar.

akhirnya mawar rashid tampil beri kenyataan isu buka tudung, “saya dah cuba, tapi..”

Terdahulu, Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan pada Ogos 2020. Katanya ketika itu, dia sudah lama menyimpan impian untuk mengenakan tudung, namun hatinya berbolak balik membuatkan dia sentiasa menangguhkan hasrat berkenaan.

 

Sumber: Instagram